Last updated: 14 July 2026
Dasar Privasi MyNiagaku.
Dasar ini menerangkan jenis data yang diproses apabila anda menggunakan website, akaun merchant, storefront dan fungsi pembayaran MyNiagaku.
Mulakan Percuma →Nota: Dasar ini ialah penerangan operasi umum. Ia tidak menggantikan nasihat undang-undang khusus untuk organisasi anda.
1. Maklumat yang kami kumpulkan
Kami boleh memproses nama, email, nombor telefon, maklumat akaun, maklumat kedai, produk, pesanan, invoice, status transaksi, alamat IP, peranti dan log keselamatan.
2. Cara maklumat digunakan
- Menyediakan akaun, storefront dan fungsi platform.
- Memproses serta merekod pesanan dan status pembayaran.
- Menghantar notis operasi, keselamatan dan billing.
- Mencegah penyalahgunaan, fraud dan akses tanpa kebenaran.
- Memperbaiki kestabilan dan pengalaman platform.
3. Data pelanggan merchant
Merchant bertanggungjawab memastikan mereka mempunyai asas yang sesuai untuk mengumpul data pelanggan melalui storefront. MyNiagaku memproses data tersebut bagi menyediakan fungsi platform kepada merchant.
4. Perkongsian data
Data boleh dikongsi dengan penyedia perkhidmatan yang diperlukan seperti hosting, email dan payment gateway, atau apabila diwajibkan oleh undang-undang. Kami tidak menjual maklumat peribadi sebagai produk data.
5. Cookies dan log teknikal
Cookies sesi digunakan untuk login, keselamatan dan fungsi penting. Log teknikal boleh disimpan untuk diagnosis, pencegahan fraud dan prestasi.
6. Penyimpanan dan keselamatan
Kami menggunakan kawalan teknikal dan organisasi yang munasabah. Tiada kaedah penyimpanan atau penghantaran internet yang boleh dijamin selamat sepenuhnya.
7. Hak dan pertanyaan privasi
Untuk meminta akses, pembetulan atau pertanyaan berkaitan data, hubungi support@myniagaku.com. Kami mungkin perlu mengesahkan identiti pemohon.
8. Perubahan dasar
Dasar ini boleh dikemas kini apabila fungsi atau keperluan operasi berubah. Tarikh kemas kini akan dipaparkan pada halaman ini.